
Script Analysis (Aku Sepasang Kasut)
Aku merupakan sepasang kasut jalan berjenama Converse atau 'Converse Run Star Hike'. Badanku diperbuat daripada bahan yang berkualiti tinggi. Badanku berwarna hitam putih dan boleh dipakai oleh lelaki mahupun perempuan. Aku berasal dari sebuah kilang besar di Amerika Syarikat dan terdapat beribu-ribu pasang kasut yang lain di sana. Terdapat beberapa pekerja kilang sedang menjaga mesin, menyusun kasut, dan memasukkan kasut ke dalam kotak kasut. Pada suatu hari, aku dibawa oleh kapal terbang bersam-sama dengan kasut-kasut yang lain. Kami dihantar ke kedai kasut di seluruh cawangan Converse di negara Malaysia. Aku ditempatkan di kedai kasut yang berada di dalam sebuah pasar raya besar. Aku berasa terpegun melihat banyak kawan baharu di sana. Setiap hari, pekerja kedai ini akan menyapu habuk di badanku. Aku telah diberikan harga oleh tuan kedai berjumlah RM419.90. Banyak orang berkunjung ke kedai kasut ini untuk melihat dan membeli kasut. Pada suatu petang, seorang remaja telah melihat sambil membelek-belekkan aku. Dia telah mencubaku dan bercadang untuk membeli dan membawaku pulang ke rumah. Dia akan memakai aku untuk keluar berjalan-jalan dengan kawan-kawannya. Kesimpulannya, tuan baruku sangat menjaga dan menyayangi aku. Aku berasa sungguh bertuah dan gembira. Aku berharap aku dan tuan aku dapat bersama-sama dalam tempoh masa yang panjang
Story Board (Aku Sepasang Kasut)

1

2

3

4

5
Story Board (Animation)
Short Film Aku Sepasang Kasut (Final)
Link for the video -> https://youtu.be/CPypc_rY_PI
Comments